Bulletin > News Details
(UPDATED 21 NOVEMBER 2017) PENGUATKUASAAN KAWALAN PENGIMPORTAN KE ATAS BARANGAN SERAMIK (CERAMIC WARE) SEBAGAI BARANGAN KEGUNAAN MAKANAN (FOOD-WARE) DI PINTU MASUK

Salam 1 Malaysia


 


Tuan/Puan,


 


Sukacita dimaklum sebelum ini, Bahagian ini telah menangguhkan penguatkuasaan ke atas Peraturan 28, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan kawalan pengimportan barangan seramik (ceramic ware) sebagai barangan kegunaan makanan (food-ware).


 


Bahagian ini akan mula menguatkuasakan peraturan tersebut berkaitan kawalan pengimportan barangan seramik (ceramic ware) sebagai barangan kegunaan makanan (food-ware) mulai 15 April 2017 selaras dengan pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Makanan 1985 [P.U. (A) 104] yang telah diwartakan pada 3 April 2017. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan pengimportan barangan seramik (ceramic ware) berkenaan untuk rujukan dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.


 


Walau bagaimanapun, tempoh masa selama tiga (3) bulan diberikan bagi mengambilkira konsainan barangan seramik (ceramic ware) yang sedang dalam perjalanan ke negara ini. Oleh itu, setiap konsainan barangan seramik (ceramic ware) yang diimport perlu mematuhi segala keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan 28, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkuatkuasa 15 Julai 2017. Ini termasuk keperluan Sijil Analisis (Certificate of Analysis-COA) untuk parameter logam berat plumbum dan kadmium bagi setiap konsainan barangan seramik (ceramic ware) yang diimport. Sekiranya COA tidak disertakan bersama-sama konsainan barangan seramik (ceramic ware) berkenaan, maka tindakan Pemeriksaan Tahap Lima (5)-Tahan, Uji & Lepas (TUL) akan dikenakan. Validity COA yang dikemukakan perlu tidak lebih daripada satu (1) tahun dengan syarat tiada perubahan dalam komposisi ramuan (ingredient), corak, warna, rekabentuk dan sebagainya.     


  


Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cawangan Import di talian 03-8885 0797 untuk maklumat lanjut. 


 


Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


 


Sekian.


 

Submitted By : MUHAMMAD IZWAN AHMAD  05 Oct 2021
Guideline Importation of Ceramic Ware_050517.pdf
Close