Bulletin > News Details
LARANGAN PENGIMPORTAN PRODUK DAGING KERBAU INDIA DARIPADA SUMBER YANG TIDAK DIBENARKAN

Salam
Sejahtera




Tuan/Puan
Pengimport Makanan dan Agen Penghantaran (Forwarding Agents),




Dimaklumkan pihak KKM telah
mengenakan larangan pengimportan konsainan daging kerbau India daripada Syarikat
HMA Agro Industries Ltd dan Federal Agro Industries Pvt Ltd berkuatkuasa serta
merta.



Oleh
itu, adalah ditegaskan pihak pengimport  bertanggungjawab
dalam memastikan makanan yang diimport ke negara ini adalah dari sumber yang
dibenarkan sahaja.




Sekiranya
tuan/puan ingin mengetahui keperluan dan prosedur berkaitan aktiviti kawalan
makanan import di pintu masuk, sila hubungi pihak kami melalui nombor
+603-88850797 (sambungan kepada pegawai daripada Cawangan Import). Direktori
penuh pegawai Cawangan Import adalah sebagaimana dalam pautan berikut (sila
rujuk menu "Cawangan Import":- http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/direktori/direktori-anggota/




 Adalah
diharap tuan/puan dapat memastikan makanan yang masuk ke negara ini selamat dan
berkualiti selaras dengan keperluan yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan
1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.



 



Sekian, terima kasih


Submitted By : NASUHA BT MOHD YUSOFF  12 Oct 2020
Close