Kepada pengimport / agen penghantaran,
Salam tuan/puan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
Air zam zam dikategori sebagai air mineral
semulajadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-peraturan Makanan
1985. Pengimportan air mineral
semulajadi memerlukan lesen punca air Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
setelah mendapat pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara
pengeksport. Dalam hal ini, kerajaan
Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam-zam tidak
boleh diperdagangkan. Justeru, tiada pengedar
atau syarikat yang telah mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air
zam-zam.
Sekiranya air zam-zam hendak diimport bagi
tujuan bukan jualan seperti kegunaan persendirian dan sebagainya, semua
pengimport perlu mematuhi perkara berikut:
1).
Mendapatkan surat kebenaran atau kelulusan pengeksportan dari Pihak Berkuasa
Kerajaan Arab Saudi; dan
2). Mengemukakan
Surat Aku Janji “KAWALAN PENGEDARAN AIR ZAM ZAM YANG DIIMPORT” yang
ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya
Sumpah dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
a). Mengemukakan maklumat terperinci
pihak/organisasi yang menerima air zam zam meliputi nama pihak/organisasi,
jumlah air zam-zam untuk diagihkan (liter), alamat penuh penerima air zam-zam
dan nama pegawai serta nombor telefon pihak/organisasi terlibat. Sekiranya
penerima adalah individu, sila lampirkan maklumat nama penerima, nombor kad
pengenalan/pasport, alamat penuh dan nombor telefon penerima tersebut; dan
b). Memastikan pihak/organisasi yang
menerima air zam-zam tersebut tidak memperdagangkannya.
Pengimport
perlu berhubung dengan Pejabat Kesihatan di pintu masuk bagi tujuan pengemukaan
Surat Aku Janji tersebut menggunakan format yang telah ditetapkan.
Walau bagaimananpun, air zam –zam dibenarkan
dibawa masuk oleh jemaah Haji, Umrah dan pelawat Arab Saudi untuk kegunaan
persendirian dalam kuantiti lima (5) liter setiap jemaah/pelawat menggunakan
pembungkus khas dan perlu dibawa bersama dalam penerbangan balik secara terus
dari negara Arab Saudi.
Sebarang pertanyaaan mengenai perkara ini pihak
tuan/puan boleh berhubung dengan pegawai di Cawangan Import, Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88850797 atau melalui laman
sesawang http/fsq.moh.gov.my.
Sekian, terima kasih