Bulletin > News Details
PEMAKLUMAN BERKAITAN KEPERLUAN ASPEK PELABELAN BERDASARKAN P.U. (A) 209 PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO.4) (2020)

Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera,



Tuan/Puan,



Dimaklumkan terdapat pindaan ke
atas aspek pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.



Disertakan ringkasan butiran
pelabelan yang terkini untuk perhatian selanjutnya. (Contoh label dilampirkan untuk rujukan)



  1. Pelabelan peratusan ramuan (QUID)

  2. Pelabelan aditif makanan dengan menggunakan sistem
    Pernomboran Antarabangsa [INS] jika produk makanan mengandungi aditif makanan

  3. Pelabelan jumlah natrium di bawah maklumat
    pemakanan







Pengimport perlu memastikan semua
keperluan lain di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985
yang berkaitan adalah dipatuhi.



Tarikh penguatkuasaan bagi
pindaan ini adalah 1 Januari 2024.



Warta P.U. (A) 209
Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) (No.4) (2020) dilampirkan untuk rujukan
tuan/puan. 



Sebarang persoalan, sila hubungi Pn. Norhidayah binti Othman
di talian 03-88850797 sambungan 4055 atau emel norhidayah@moh.gov.my untuk
mendapatkan maklumat lanjut.



Sekian, terima kasih.



 



Timbalan Pengarah Cawangan Import




3 Ogos 2023



Submitted By : NASUHA BT MOHD YUSOFF  03 Aug 2023
Basic Format Sticker_NHO_2024.pdf
Close