Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Untuk makluman, setiap makanan import yang diperoleh melalui bioteknologi moden (organisma /makanan diubahsuai genetik) mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan event daripada Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Sila rujuk laman web bagi event yang telah diluluskan di : https://www.biosafety.gov.my/main/article/keputusan-permohonan-pelepasan-lmo-and-produk-lmo
Sekiranya, makanan tersebut menggunakan event yang tidak tersenarai, dibawah senarai kelulusan event di bawah JBK, pengimportannya adalah dilarang berdasarkan:
Peraturan 3A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 - Tiada seorang pun boleh mengimport, menyediakan atau mengiklankan untuk penjualan atau menjual apa-apa makanan dan ramuan makanan yang diperolehi melalui bioteknologi moden tanpa kelulusan bertulis daripada Pengarah terlebih dahulu.
Makanan tersebut juga perlu mematuhi keperluan pelabelan seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Adalah menjadi tanggungjawab pengimport untuk memastikan makanan yang diimport masuk ke Malaysia mematuhi semua keperluan keselamatan makanan, standard makanan yang ditetapkan serta hal-hal pelabelan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan.
Sekian, terima kasih.