Bulletin > News Details
KEPERLUAN PENGIMPORTAN MAKANAN YANG TELAH DIRAWAT DENGAN RADIASI MENGION

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera


 


Tuan/Puan,


Untuk makluman, pengimportan makanan yang telah dirawat dengan radiasi mengion perlu mematuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011


11. (1) Tiada seorang pun boleh mengimport, mengilang, mengiklan bagi jualan atau menjual apa-apa makanan yang telah dirawat dengan radiasi mengion melainkan jika perakuan iradiasi sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Keempat telah diperakui oleh premis iradiasi makanan.


Sekiranya, makanan tersebut tidak disertakan dengan Perakuan Iradiasi, pengimportannya adalah dilarang.


Makanan tersebut juga perlu mematuhi keperluan pelabelan seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011.


Adalah menjadi tanggungjawab pengimport untuk memastikan makanan yang diimport masuk ke Malaysia mematuhi semua keperluan keselamatan makanan, standard makanan yang ditetapkan serta hal-hal pelabelan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan.


Sekian, terima kasih

Submitted By : NASUHA BT MOHD YUSOFF  29 Jul 2024
Food Irradiation Regulations 2011.pdf
CERT OF IRRADIATION.pdf
Close